Wednesday, July 6, 2011

Perkongsian kitab al-Mujarabatul Makkiyah, Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjariyy al-Makkiyy (sambungan)

Selepas itu, boleh melakukan antara tiga prosedur ini (yang mana berkaitan): a. Jika orang itu kerasukan, dan jin sihir itu bercakap, • maka tanyalah jin itu: 1. Nama dan agamanya. 2. Jika kafir, perkenalkan Islam (dakwah masuk Islam); 3. Jika Islam terangkan kesalahannya menjadi khadam tukang sihir • Tanya di mana tempat barang sihir di letak. Jangan terus percaya, utuskan wakil untuk mencarinya. Jin sangat suka menipu. • Jika lebih dari satu jin terlibat, minta jin itu memanggil kawannya; beri kefahaman yang sama seperti di atas. Sekiranya dijumpai barangan sihir: • baca ayat: al-A’raf: 117-122; Yunus: 81-82; Taha: 69 • rendam bahan sihir tersebut ke dalam air; • buang air tersebut ke tempat yang tidak menjadi laluan manusia • sekiranya jin mengatakan pesakit telah menelan bahan sihir: Tanya pesakit sekiranya dia berasa sakit bersangatan (pedih, memulas dan sebagainya) dalam perut; sekiranya benar, bermakna jin itu berkata benar, jika sebaliknya, sememangnya golongan jin suka menipu b. sekiranya pesakit berasa sakit ketika diruqyahkan (pening-pening(vertigo), menggigil, terawang-awang & sakit kepala bersangatan) : • ulang ruqyah 3 kali (sekiranya kerasukan, buat cara a.) • sekiranya sudah berkurangan sakit, ulang ruqyah untuk 3, 7 @ 9 hari • ketika dalam tempoh rawatan/ mahu pun selepasnya buat perkara berikut:  rakamkan bacaan surah Saffat sekali, dan Ayatul Kursiyy berulang kali; pesakit hendaklah mendengar ayat-ayat ini 3 kali sehari  jaga solat berjama’ah  selepas solat subuh baca: لا إله إلاّ الله وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لّهُ المُلكُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَئٍ قَدِير 100x selama sebulan. Mungkin pesakit akan berasa bertambah sakit pada tempoh 10 @ 15 hari pada awalnya. Insya Allah akan makin berkurangan. Sekiranya tidak berasa apa-apa, bermakna sihir telah terbatal dengan kuasa dan izin Allah.  Sekiranya berterusan sakit, ulang ruqyah 3 kali lagi Jangan berputus asa, kerana putus asa menjauhkan kita dari rahmat Allah (na’uzu billah). Teruskan berikhtiar, dan jangan sesekali berjumpa bomoh dan perawat yang menggunakan jin, kerana mungkin akan menambahkan lagi jin ke dalam badan kita. c. Sekiranya tidak berasa apa-apa ketika diruqyahkan: • Periksa, tanya sekali lagi masalah/ simptom. Sekiranya tiada tanda bermasalah, mungkin pesakit tidak mengalami apa-apa komplikasi sihir dan sebagainya • Ruqyahkan pesakit 3 kali, sekiranya ada respon berkaitan lakukan prosedur a @ b. sekiranya masih tiada apa-apa;  Rakamkan bacaan surah Ya Sin, ad-Dukhan, & al-Jin, pesakit mendengarnya 3 kali sehari  Pesakit banyakkan beristighfar, 100 kali @ sehari  Pesakit banyakkan membaca hawqalah (la haw la wala quwwata illa billah…) 100 kali sehari @ lebih Amalkan selama sebulan, ruqyah semula. Moga Allah menolong hamba-hambaNya.

No comments:

Post a Comment