abu nasih al-kansariyy
Salam Ukhuwwah Assalamu'alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Tetamu budiman, anda dijemput untuk menghantar artikel berkaitan Tasawwuf & tariqah, isu-isu Islam dan komen. Dear guests, you are invited to send articles on Tasawwuf (Sufism), Sufi Orders, Islamic issues and comments. hanit_osman@hotmail.com
Wednesday, July 6, 2011
QOLBU SOLEHIN: Seminar Kefahaman Tareqat Tasawuf d' Taiping
QOLBU SOLEHIN: Seminar Kefahaman Tareqat Tasawuf d' Taiping: "Kemaskini akan menyusul insyaALLAH"
Perkongsian kitab al-Mujarabatul Makkiyah, Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjariyy al-Makkiyy (sambungan)
Selepas itu, boleh melakukan antara tiga prosedur ini (yang mana berkaitan):
a. Jika orang itu kerasukan, dan jin sihir itu bercakap,
• maka tanyalah jin itu: 1. Nama dan agamanya. 2. Jika kafir, perkenalkan Islam (dakwah masuk Islam); 3. Jika Islam terangkan kesalahannya menjadi khadam tukang sihir
• Tanya di mana tempat barang sihir di letak. Jangan terus percaya, utuskan wakil untuk mencarinya. Jin sangat suka menipu.
• Jika lebih dari satu jin terlibat, minta jin itu memanggil kawannya; beri kefahaman yang sama seperti di atas.
Sekiranya dijumpai barangan sihir:
• baca ayat: al-A’raf: 117-122; Yunus: 81-82; Taha: 69
• rendam bahan sihir tersebut ke dalam air;
• buang air tersebut ke tempat yang tidak menjadi laluan manusia
• sekiranya jin mengatakan pesakit telah menelan bahan sihir: Tanya pesakit sekiranya dia berasa sakit bersangatan (pedih, memulas dan sebagainya) dalam perut; sekiranya benar, bermakna jin itu berkata benar, jika sebaliknya, sememangnya golongan jin suka menipu
b. sekiranya pesakit berasa sakit ketika diruqyahkan (pening-pening(vertigo), menggigil, terawang-awang & sakit kepala bersangatan) :
• ulang ruqyah 3 kali (sekiranya kerasukan, buat cara a.)
• sekiranya sudah berkurangan sakit, ulang ruqyah untuk 3, 7 @ 9 hari
• ketika dalam tempoh rawatan/ mahu pun selepasnya buat perkara berikut:
rakamkan bacaan surah Saffat sekali, dan Ayatul Kursiyy berulang kali; pesakit hendaklah mendengar ayat-ayat ini 3 kali sehari
jaga solat berjama’ah
selepas solat subuh baca: لا إله إلاّ الله وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لّهُ المُلكُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَئٍ قَدِير 100x selama sebulan. Mungkin pesakit akan berasa bertambah sakit pada tempoh 10 @ 15 hari pada awalnya. Insya Allah akan makin berkurangan. Sekiranya tidak berasa apa-apa, bermakna sihir telah terbatal dengan kuasa dan izin Allah.
Sekiranya berterusan sakit, ulang ruqyah 3 kali lagi
Jangan berputus asa, kerana putus asa menjauhkan kita dari rahmat Allah (na’uzu billah). Teruskan berikhtiar, dan jangan sesekali berjumpa bomoh dan perawat yang menggunakan jin, kerana mungkin akan menambahkan lagi jin ke dalam badan kita.
c. Sekiranya tidak berasa apa-apa ketika diruqyahkan:
• Periksa, tanya sekali lagi masalah/ simptom. Sekiranya tiada tanda bermasalah, mungkin pesakit tidak mengalami apa-apa komplikasi sihir dan sebagainya
• Ruqyahkan pesakit 3 kali, sekiranya ada respon berkaitan lakukan prosedur a @ b. sekiranya masih tiada apa-apa;
Rakamkan bacaan surah Ya Sin, ad-Dukhan, & al-Jin, pesakit mendengarnya 3 kali sehari
Pesakit banyakkan beristighfar, 100 kali @ sehari
Pesakit banyakkan membaca hawqalah (la haw la wala quwwata illa billah…) 100 kali sehari @ lebih
Amalkan selama sebulan, ruqyah semula. Moga Allah menolong hamba-hambaNya.
Perkongsian kitab al-Mujarabatul Makkiyah, Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjariyy al-Makkiyy
1. Ruqyah Syari’yyah
Ayat-ayat berikut dibaca kepada orang yang sawan, disihir dan kerasukan. Letakkan tangan di atas kepala pesakit, baca ayat-ayat ruqyah ini di telinganya dengan tartil, tadabbur, suara yang tinggi dan sepenuh hati menghayati ayat-ayat tersebut berserta ketakutan kepada Allah.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ مِن هَمزِهِ وَنَفخِهِ وَنَفثِهِ.
1. al-Fatihah
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
2. al-Baqarah: 1-5
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
3. al-Baqarah: 102-103
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
4. al-Baqarah: 163-164
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
5. al-Baqarah: 255
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
6. al-Baqarah: 285-286
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
7. Ali ‘Imran: 18-19
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
8. al-A’raf: 54-56
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
9. al-A’raf: 117-122 (baca berulang kali); ulang ayat ke-120, 30 kali
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
10. Yunus: 81-82. (baca berulang kali) khususnya “innallaha sayubtiluh”
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
11. Taha: 69. (baca berulang kali)
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
12. al-Mukminun: 115-118
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
13. As-Shaaffat: 1-10
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
14. al-Ahqaaf: 29-32
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
15. ar-Rahman: 33-39
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
16. al-Hasyr: 21-24
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
17. al-Jin: 1-9
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
18. al-Kafirun: 1-6
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
19. al-Ikhlas: 1-4
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم.
20. Al-Falaq: 1-5. (baca ayat ke-4, berulang kali)
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ. بسم الله الرحمن الرحيم
21. an-Nas: 1-6
* Sangat baik jika hafal ayat-ayat ini & jadikan amalan bacaan harian
Saturday, July 2, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Sunday, June 6, 2010
Hikmah 2
إِرَادَتُكَ التَّجرِيدَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اَيَّاكَ فيِ الاَسبَابِ مِنَ الشَّهوَةِ الخَفِيَّةِ. وَإِرَادَتُكَ الأَسبَابَ مَعَ اِقَامَةِ اللهِ اِيَّاكَ فيِ التَّجرِيدِ اِنحِطَاطٌ مِنَ الهِمَّةِ العَلِيَّةِ
Keinginanmu untuk bertajrid (beribadat semata-mata tanpa berusaha untuk keperluan harian duniawi), sedangkan Allah menempatkanmu dalam golongan dalam maqam asbab (perlu berusaha untuk keperluan harian); adalah daripada keinginan syahwat yang tersembunyi. Sebaliknya, keinginanmu berusaha (untuk keperluan harian duniawi), sedangkan Allah menempatkanmu dalam golongan dalam maqam tajrid (perlu berusaha untuk keperluan harian); adalah menurun dari himmah (semangat dan tingkatan maqam) yang tinggi
Hikam Ibnu 'Ato'illah
Subscribe to:
Posts (Atom)