Saturday, September 12, 2009

Kedudukan tasawwuf dalam Islam

Tasawwuf, disiplin ilmu yang semakin kurang difahami oleh komuniti Muslim semasa, malahan segolongan masyarakat cuba menjauhkan diri. Apatah lagi jika dikaitkan dengan tariqat, atau pun apabila disebut suluk, ramai yang takut, malahan ada yang sewenang-wenangnya menuduh ia sesat atau bid'ah. Namun masyarakat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya, lantaran fenomena ajaran sesat dan komen negatif dari sebilangan ahli agama sendiri (yang tidak memahami atau mempelajari tasawwuf dari ahlinya) telah memburukkan imej tasawwuf dan tariqat.
Kedudukan tasawwuf adalah seiring dengan aqidah dan fiqh. Ini dapat dilihat berdasarkan hadis terkenal dari Sayyidina 'Umar al-Faruq. Ihsan itu engkau menyembah Allah, seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau.

Riwayat Muslim

Ihsan inilah yang menjadi intipati tasawwuf, juga intipati ibadah kita seharian. Aqidah dan ibadah yang paling baik adalah di peringkat Ihsan. Sebagai contoh dari sudut aqidah, kita benar-benar merasai kewujudan dan kebesaran Allah, begitu juga dalam ibadah seperti solat dan zikir, semasa melakukannya kita benar-benar khusyuk dan berasa kehadiran Allah. Itulah sebab segolongan masyarakat terutamanya ulama silam bersungguh-sungguh mempelajari dan beramal dengan tasawwuf. Tidak syak lagi Ihsan atau bertasawwuf adalah sebaik-baik jalan untuk mendapat redha Ilahi.

Ibn Khaldun pula menyebut pengisian tasawwuf adalah dedikasi sepenuhnya kepada Allah ta'ala. Tasawwuf juga adalah amalan para sahabat r.a dan generasi awal Muslim. Memang terminologi tasawwuf itu tidak wujud pada pada awalnya, tetapi begitu juga dengan tafsir, tauhid, ilmu jarh wa ta'dil namun ilmu dan amalannya memang wujud. Nama-nama ilmu ini wujud hanya selepas zaman Rasulullah saw, setelah dikumpul, dibukukan dan diklasifikasikan oleh ulama' silam.

Rujukan: www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/sufitlk.html

1 comment:

  1. ilmu tasauf adalah cabang ilmu yang wajib dipelajari dalam bidang ilmu fardu ain. UMAT YANG FAQIH TENTANG TASAUF AKAN DEKAT DENGAN SIFAT MAHABBAH YANG SEBENAR

    ReplyDelete