Sunday, March 28, 2010

MISSIONARI DAN DA՚WAH: PENGENALAN RINGKAS

Islam dan Kristian, kedua-dua agama ini mempunyai konsep tersendiri, prinsip-prinsip, dan metod tersendiri untuk menarik minat masyarakat. Walaubagaimana pun di banyak tempat dan suasana mereka nampaknya saling bersaing malah bermusuhan demi mendapatkan pengikut. Isu ini membawa penulis untuk menyelam konsep penyebaran, prinsip-prinsip dan metodologi kedua-dua agama terbesar dunia ini. Penulis percaya beberapa konsep, prinsip-prinsip dan metodologi inilah yang membawa kepada pertembungan antara kedua-duanya. Pada tahun 2001 Kristian merangkumi lebih kurang 2 billion penganut seluruh dunia. Selepas bertahun misi penyebaran, Krisitian tidak lagi menjadi agama ekslusif barat. Pada tahun 2009, dianggarkan bilangan penganut Kristian adalah seramai 2.2 billion. Komuniti mereka mewakili 32.3% dari keseluruhan penduduk dunia. Berdasarkan statistik CIA, Kristian menjadi agama dominan sekurang-kurangnya di 142 negara. Walaupun terdapat penganutnya di beberapa buah negara seperti Saint Martin, tetapi tiada angka rasmi dikeluarkan. Di peringkat global pertambahan penganut Kristian adalah sebanyak 200 juta atau 20% sejak 2001. Terdapat 2 mazhab utama dalam Kristian, Katolik dan Prostestant; tetapi World Christian Encyclopedia menyatakan terdapat 33,800 mazhab dalam agama Kristian. Majoriti dari pembahagian ini kemungkinan besar adalah pecahan dari kedua mazhab berikut, ditambah pula dengan mazhab yang terpisah secara eksklusif dari kelompok majoriti penganut dari kedua-dua mazhab seperti Eastern Orthodox dan Nauru Independent Church. Di Malaysia dianggarkan bilangan penganut Kristian seramai 234,0138,71 yang mewakili 9.1 % dari seluruh komposisi rakyat Malaysia. Pada awalnya, ramai paderi Kristian menyebarkan agama mereka ke seluruh dunia secara individu. Dipelopori oleh St. Paul, kemudian diteruskan oleh beberapa nama besar dalam missionari Kristian. Antara lain, Gregory the Illuminator (Armenia), Ulfilas (German), Patrick (Ireland, Frumentus dan Ethopia), dan Nestorian Christian (Asia Tengah dan China). Misi-misi ini juga sebenarnya dikuatkan dengan kuasa politik. Constantine the Great sebagai contoh, bersama-sama dengan rakannya Licinius mengisytiharkan Kristian sebagai agama rasmi di dalam empayar Rom pada 313 AD. Di rantau ini, penyebaran Kristian terhasil melalui kuasa kolonial seperti Portugis, 1511, dan Belanda, 1641 di Melaka. Bersama-sama dengan penaklukan Portugis, 8 orang paderi Katolik, seorang daripada mereka Fr. Domingo de Souza. Tiada rekod yang menunjukkan tahap kejayaan mereka dalam mengkristiankan masyarakat tempatan. Namun satu fakta menarik, Fr. Teixeria mendedahkan seorang kerabat diraja Johor telah memeluk Kristian seawal 1561, kemungkinan individu ini adalah yang pertama memeluk Kristian di Malaysia. Pada kurun ke 18, Socites des Mission Efranges de Paris (MEP) dan St. Joseph’s Society of Foreign Missionaries menghantar missionari-missionari ke rantau ini. Pada tahun 2003, dianggarkan seramai 200 orang missionari yang bergerak di Semenanjung Malaysia. Pada tahun yang sama dianggarkan 4000 hingga 10,000 missionari di seluruh gugusan nusantara termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala populasi Muslim pula pada 2001, sekitar 1 billion, penganutnya adalah dominan di lebih 52 negara (berdasarkan statistik perbandingan populasi berdasarkan agama negara-negara dunia, oleh CIA) . Pada tahun 2009, penganut Islam dianggarkan seramai 1.57 billion. Mewakili 23% dari keseluruhan populasi dunia. Ini bermakna populasi penganut Islam menunjukkan pertumbuhan sebanyak 570 juta atau 57% lebih dari angka tahun 2001. Islam kini telah berkembang dengan drastiknya secara global termasuk di negara-negara maju seperti Britain , USA dan Jepun . Tidak syak lagi Islam menjadi agama yang paling pantas pertumbuhannya. Pertumbuhan ini mengatasi semua agama yang ada; malahan ramai pengkaji menjangkakan populasi Muslim akan mengatasi Kristian dalam beberapa tahun lagi. Masakini, Islam telah mendapat sambutan meluas di negara barat. Masyarakat Muslim Ahlu Sunnah wal Jamaՙah atau Sunni secara amnya terbahagi kepada 4 madzhab Fiqh; Syafiՙiyy, Malikiyy, Hanafiyy dan Hanbaliyy. Dari sudut ՙaqidah pula terbahagi kepada dua; Asya ՙirah dan Maturidiyyah. Di Malaysia, terdapat kira-kira 15, 532,354,676. Muslim yang mewakili 60.4% rakyat Malaysia. Rasulullah  memulakan dakwahnya secara rahsia di Makkah al-Mukarramah selama 3 tahun, kemudian baginda  mula berdakwah secara terang-terangan. Pergerakan da՚wah Rasulullah  semakin kukuh selepas peristiwa Hijrah dan penubuhan kerajaan Islam, Madinah al-Munawwarah. Peluasan empayar Islam diteruskan oleh 4 khalifah dan sahabat utama yang digelar Khulafa‘ur Rasyidin, beberapa Futuhat (pembukaan wilayah baru) berjaya dilaksanakan. Islam kemudiannya menjadi empayar politik paling hebat dan berpengaruh dalam sejarah peradaban dunia. Islam berjaya mengatasi pengaruh Rom dan Parsi serta agama rasmi anutan mereka (Kristian dan Majusiyy). Da՚wah juga dikembangkan oleh para sahabat lain yang pergi ke wilayah baru, antara lain ՙAmr bin al-ՙAs dan ՙAbdullah bin Masՙud . Usaha da՚wah diteruskan oleh pemerintah Islam kemudiannya dengan penuh hemah, begitu juga oleh jutaan individu-individu pendakwah (Daՙiyy) ke seluruh pelusuk dunia. Peluasan agama Islam diteruskan pula oleh Khulafa’ ar-Rasyidin, sebilangan siri-siri Futuhat (pembukaan wilayah baru Islam) berjaya dibuat. Pada tahap ini kerajaan Islam menjadi empayar politik terhebat yang pernah dicatatkan di dalam sejarah peradaban dunia. Islam berjaya mengatasi pengaruh dan dominasi Rom dan Parsi. Usaha da՚wah disambung pula oleh generasi kepimpinan Muslim dan juga oleh jutaan individu Daՙiyy ke seluruh pelusuk dunia. Di zaman kegemilangan Islam, gerakan da՚wahnya telah merentasi China dan gugusan Nusantara. Sekarang Islam telah menjadi satu agama utama di dunia, malahan Islam berkembang pesat di negara-negara maju seperti Britain , USA dan Jepun . Rujukan: Hanit Osman. 2010. Missionari dan Dakwah: Satu Perbandingan (belum diterbitkan).

No comments:

Post a Comment